Monday, June 4, 2012

10 Fakta Tentang Bahasa Inggeris (Menarik!)








1. 'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2. 'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3. 'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4. 'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5. Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6. Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.


16 Tips Jimat Minyak Petrol Kereta








Tip-tip bagaimana anda boleh menjimatkan petrol anda.


1.Isi minyak sebelah malam, atau awal pagi apabila cuaca sudah sejuk
Mengisi minyak pada waktu malam, akan mengurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak,Ini berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.


2.Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 – 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin banyak minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan.

Sunday, June 3, 2012

Rahsia Kebijaksanaan Orang Yahudi





Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel yang di tulis oleh Dr Stephan Carr tentang bagaimana kaum Yahudi dapat melahirkan ramai cendiakawan dari pelbagai bidang. Artikel ini bertajuk “WHY THE JEWS SO SMART?”. Saya terbaca pun setelah rakan saya ‘print’ dan menghebahkannya. Amat menarik kerana artikel membincangkan tentang adakah kaum Yahudi ini di lahirkan untuk menjadi pintar, suatu kebetulan atau atas usaha mereka sendiri? 


Selepas saya membaca artikel ini, saya ada membuat sedikit kajian dan membaca artikel-artikel lain bagi menyokongnya seterusnya melakukan perbezaan dalam kehidupan kita terutama Bangsa Melayu. Artikel ini beliau menulis setelah beliau melakukan pelbagai kajian yang mengambil masa berbelas tahun. Di sini saya ingin sedikit menguraikannya supaya kita semua dapat berfikir bersama.

Kanak-Kanak 2 Tahun Dibesarkan Oleh Kambing






Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak-kanak berusia dua tahun tinggal dalam bilik yang penuh dengan kambing. Kanak-kanak liar itu yang dikenali sebagai Sasha T, dibiarkan tinggal bersama-sama haiwan itu oleh ibunya.


Menurut sumber, dia bermain dan tidur dengan kambing berkenaan, tidak pandai bercakap atau makan seperti manusia,.

Timbalan Ketua Kebajikan Masyarakat di Rostov, sebuah wilayah di Russia berkata: “Ketika kami tiba, Sa- sha duduk di bilik yang sejuk itu, tanpa pakaian. Ibunya tiada di rumah. “Dia sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak-kanak itu dan membawanya ke hospital.

Saturday, June 2, 2012

10 Majlis Perkahwinan Paling Mahal Dalam Sejarah





Sempena musim kenduri-kendara yang sedang hangat berlangsung ketika ini, Encik Billy ingin membawa anda semua melihat 10 Majlis Perkahwinan termahal dalam sejarah dunia. Buat rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang menyambut hari bahagia mereka sepanjang minggu ini, diucapkan semoga kekal hingga ke akhir hayat, dalam keadaan bahagia dunia dan akhirat.



10. Christina Aguilera and Jordan Bratman


Nilai perkahwinan ialah $2 juta (RM6.4 juta) pada tahun 2005, atau $2.2 juta (RM7 juta) apabila diselaraskan dengan inflasi. Pengantin perempuan adalah bintang pop. Pengantin lelaki adalah pengeluar muzik. Perkahwinan menampilkan 150 tetamu termasuk Sharon Stone di Lembah Napa Vineyard Keluarga Staglin. Christina membayar $80,000 (RM255,120.00) untuk gaun Christian Lacroix gaya Sepanyol. Hiasan termasuk khemah bertemakan musim sejuk dengan mawar putih perak dan kristal.


Friday, June 1, 2012

Senarai Negara Paling Selamat dan Bahaya di Dunia..Malaysia Di Tempat Ke Berapa?





Kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney ini diumumkan pada tahun 2011. Di manakah kedudukan Malaysia?

1. Iceland
2. New Zealand
3. Jepun
4. Denmark
5. Rep. Chech
6. Austria
7. Finland
8. Kanada
9. Norway
10. Slovenia

Related Posts with Thumbnails